Bersatu Ampang hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin, sila undur diri

PUTRAJAYA – Bersatu Bahagian Ampang memutuskan untuk menarik balik kepercayaan terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti terbabit.

Setiausaha Bahagian Bersatu Ampang, Daing Mohamad Daing Makati berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bersatu bahagian tersebut yang bersidang pada 28 Oktober lalu.

Menurut beliau, pertemuan itu turut memutuskan untuk mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan secara terhormat dengan segera demi memulihkan perpaduan serta keyakinan ahli-ahli terhadap masa depan parti.

“Selain itu Bersatu Bahagian Ampang turut menyeru supaya satu pelan transisi kepimpinan dilaksanakan dengan tertib dan inklusif bagi memastikan Bersatu kekal kukuh dan berdaya saing menjelang pilihan raya akan datang.

“Keputusan ini dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Bersatu Bahagian Ampang setelah mengambil kira pandangan dan aspirasi ahli di peringkat akar umbi yang mengharapkan perubahan demi kelangsungan perjuangan parti yang dicintai,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, Daing Mohamad berkata, Bersatu Bahagian Ampang bersidang pada 28 Oktober lalu untuk membincangkan secara terbuka dan mendalam berkaitan perkembangan mutakhir yang melibatkan hala tuju dan kestabilan dalaman parti itu.

Menurutnya, pihaknya menyedari Bersatu kini berdepan pergolakan dalaman yang ketara kususnya membabitkan hubungan antara Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dengan sebahagian besar kepimpinan di peringkat bahagian di seluruh negara.

“Kita juga menginsafi bahawa kegagalan kepimpinan tertinggi, khususnya Presiden dalam menangani dan menasihati kedua-dua pemimpin tersebut.

“Ini untuk memperkukuh hubungan dalaman parti telah membawa kepada perpecahan yang semakin meruncing dalam kalangan akar umbi serta kepimpinan bahagian,” katanya.

Sebelum ini, Bersatu memecat lima ketua bahagiannya termasuk Mohd Isa Mohd Saidi dari Bahagian Ampang berhubung isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha mendesak pengunduran presiden parti itu sebelum ini.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula