Dua gol Haaland bantu City tumbangkan Bournemouth

ERLING Haaland meledak dua gol sekali gus membantu Manchester City melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Bournemouth 3-1, awal pagi tadi.

Bournemouth memulakan aksi di tangga kedua hasil rekod tanpa kalah terpanjang dalam saingan tertinggi England.

Namun rentak luar biasa penyerang Norway itu menjadi pemusnah apabila dia kini mengumpul 13 gol EPL dalam 10 perlawanan.

Deretan jaringan Haaland terus memastikan cabaran kejuaraan City hidup apabila mereka merapatkan jurang enam mata di belakang pendahulu Arsenal dan mendahului Liverpool satu mata, lawan yang akan mereka temui hujung minggu ini.

“Satu kemenangan yang penting,” kata Haaland. “Bagus dapat bangkit selepas tewas perlawanan buruk di tempat lawan. Saya hanya cuba bantu pasukan dengan lakukan tugas saya dan kami menang lagi.”

Walaupun tewas di Aston Villa minggu lalu, Pep Guardiola kekal yakin skuadnya mampu terus mengancam Arsenal menjelang hujung musim.

Lebih menggembirakan buat Guardiola, gandingan Rayan Cherki dan Phil Foden tampil kreatif, manakala Nico O’Riley muncul pemain pertama selain Haaland yang menjaringkan gol liga untuk City selepas lebih sebulan.

“Bournemouth antara pasukan paling mencabar yang kami hadapi,” kata Guardiola. “Kami temui rentak dan hari ini kami lebih baik dalam banyak aspek.”

Related Posts

Conte sedia ke United tapi bersyarat

ANTONIO Conte dilaporkan menetapkan dua syarat utama untuk mengambil alih tugas sebagai pengendali Manchester United menerusi perbincangan tidak rasmi, menurut laporan media Itali. Pengurus dari Itali itu menuntut kuasa penuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bournemouth lakar sejarah belasah AC Milan 3-0

BOURNEMOUTH terus mencetus sensasi dalam kempen sulung Liga Europa apabila membelasah AC Milan 3-0 di laman sendiri awal pagi tadi. Kemenangan itu menyaksikan kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan merekodkan tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi