Lelaki ditahan halang tugas polis, seorang lagi masih diburu

KUCHING – Seorang lelaki ditahan selepas cuba menghalang anggota polis menjalankan tugas dalam kejadian di Jalan Tawi Sli pada Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ASP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku ketika pasukan polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah kereta Perodua Kancil putih dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, pemandu kenderaan tersebut enggan memberi kerjasama dan terus memecut melarikan diri.

Hasil tindakan pantas pasukan rondaan, polis berjaya menahan salah seorang suspek di Jalan Batu Kawa, manakala rakan sejenayahnya meloloskan diri bersama kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Alexson, suspek yang ditahan berusia 26 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Nancy Nawi di talian 019-2320381,” katanya.

Alexson turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian bagi mengelakkan kekeliruan.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan