ADUN Kabong sumbang RM19,000 bantu sekolah dan komuniti Roban

ROBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir, menyalurkan sumbangan RM19,000 kepada beberapa sekolah dan komuniti setempat dalam siri Majlis Randau Komuniti yang diadakan di Roban pada Khamis.

Program bermula dengan Majlis Randau bersama Lembaga Pengurusan Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (C) Chung Hua Roban, yang turut dihadiri Datin Meryani Yassin.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan RM6,000 masing-masing kepada Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG sekolah berkenaan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan dan kebajikan murid.

Chee Kadir turut meninjau keadaan sekolah serta berbincang mengenai keperluan menaik taraf kemudahan asas bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

Selesai program itu, beliau meneruskan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Roban dan menyerahkan RM7,000 kepada PIBG sekolah berkenaan.

Menurutnya, isu sekolah daif dan kemudahan pendidikan di luar bandar kekal menjadi perhatian utama kerajaan negeri.

“Masih banyak sekolah luar bandar memerlukan penaiktarafan segera. Saya akan membawa perkara ini ke Persidangan DUN Sarawak yang akan datang supaya pelaksanaannya dapat dipercepatkan,” katanya.

Rombongan beliau kemudiannya berkunjung ke Rumah Engkasan anak Wat di Sungai Pasir B, yang disambut mesra oleh Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Dalam kunjungan itu, beliau menyerahkan RM3,000 kepada Biro Wanita untuk melaksanakan aktiviti tahunan dan program komuniti.

“Saya berharap dana ini digunakan sebaik mungkin bagi memperkukuh perpaduan serta memperkasakan peranan wanita luar bandar,” katanya.

Sebagai penutup, Mohd Chee menghadiri sesi randau bersama Pasukan Bola Sepak The Bankers Jabey di Rumah Rawing, yang kini berdaftar secara rasmi di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau turut menyampaikan RM3,000 kepada pasukan itu dan menzahirkan rasa bangga terhadap semangat anak muda Kabong yang aktif dalam bidang sukan.

“Saya kagum dengan kesungguhan pasukan ini yang berpotensi mengharumkan nama Kabong pada peringkat tempatan dan negeri,” ujarnya.

Program randau ini dilihat sebagai usaha mendekatkan pemimpin dengan masyarakat serta memperkukuh komitmen kerajaan negeri dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar.

Foto: Facebook Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti