Semai cita-cita perjuangan ummah, bebaskan Al-Aqsa sejak di bangku sekolah

KEMAMAN — Pelajar sekolah diseru menanam cita-cita untuk berkhidmat kepada ummah dan membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Zionis sejak di bangku sekolah.

Seruan itu disampaikan oleh Ketua Ulama Luar Palestin Cawangan Asia Tenggara, Syeikh Dr Ahed Abu Ato’, dalam sesi perkongsian bersama pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman sempena Program Bicara Dakwah Malaysia MADANI: Bersamamu Palestin yang berlangsung dalam talian menerusi Google Meet pada Selasa.

“Anak-anak pelajar perlu bersedia mengambil peluang untuk menjadi ulama dan profesional yang menyumbang kepakaran kepada ummah serta perjuangan membebaskan Al-Aqsa,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada guru dan pentadbir sekolah agar terus mendidik pelajar dengan nilai cinta kepada negara dan ummah serta membentuk akhlak yang baik.

Dalam ucapannya, Syeikh Ahed turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pendirian tegas Malaysia terhadap kekejaman Zionis serta bantuan berterusan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Ucapan beliau diterjemahkan oleh Yang Dipertua YADIM Terengganu, Mohd Kamal Nazmi Kamarudin, yang turut hadir dalam sesi berkenaan.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan