SPR, pengamal media perkukuh kerjasama hadapi PRU17 Sabah

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Akademi Pilihan Raya (APR) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK) hari ini mengadakan sesi taklimat pengamal media Sabah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan Sabah.

Timbalan Pengarah APR, Datuk Puteh Hidayah A.Rahman berkata, program berkenaan bertujuan memperkukuh kefahaman pengamal media terhadap proses serta istilah rasmi pilihan raya.

Katanya, ia bagi memastikan pelaporan media lebih tepat dan selaras dengan garis panduan ditetapkan.

“Kita dapat berkongsilah maklumat-maklumat berkaitan terutamanya proses-proses pilihan raya supaya pihak media lebih memahami dengan jelas.

“Termasuklah istilah-istilah yang betul yang digunakan dalam proses pilihan raya sebab kita nak pelaporan di media menggunakan istilah-istilah yang betul,” katanya dalam sidang media selepas Taklimat Petugas Media PRU17 di Dewan Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Selasa.

Jelasnya, pihak SPR juga memberi pendedahan kepada pengamal media apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang proses-proses dalam PRU berlangsung.

“Kita bagi garis panduan kepada pihak media supaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh SPR.

“Selain daripada itu, kita juga ada juga pembentangan oleh pihak UKK berkenaan dengan perhubungan lain antara media dan juga SPR, segala masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak media,” ujarnya.

Tambahnya, SPR juga mengambil perhatian dan cadangan yang diutarakan oleh pihak media.

“Kita juga ambil perhatian dan akan tambah baik bagi pengurusan PRU Dewan Undangan Sabah yang ke-17 yang akan datang ni,” ujarnya.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri