743 mangsa banjir Pulau Pinang ditempatkan di enam PPS

GEORGE TOWN – Seramai 743 mangsa banjir daripada 201 keluarga di negeri ini dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka hari ini.

Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang melaporkan, daerah Seberang Perai Utara (SPU) merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 602 orang dari 165 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, Kolonel (PA), Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, tiga PPS dibuka di SPU setakat jam 3 petang hari ini.

“Tiga PPS yang dibuka ialah di Dewan Banjir Labuh Banting yang menempatkan 116 mangsa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi menempatkan 404 mangsa.

“Satu lagi PPS yang dibuka di SPU iaitu di Sekolah Agama Rakyat Ar-Ridwan Nyior Sebatang yang menempatkan seramai 82 mangsa,” katanya.

Lokman Hakim berkata, bagi daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula, dua PPS dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir yang menempatkan 42 mangsa dan SK Guar Perahu menempatkan 78 mangsa.

Sementara itu, hanya satu PPS di daerah Barat Daya dibuka di SK Tan Sri Awang Salleh yang menempatkan 21 orang mangsa.

Setakat ini, keadaan masih berterusan di beberapa kawasan di negeri ini , manakala cuaca dilaporkan mendung di beberapa kawasan lain di sini.

Related Posts

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

SARATOK – Tradisi ‘ngabang’ atau amalan kunjung-mengunjungi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus kekal relevan dan menjadi elemen penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta perpaduan. Selain sambutan Aidilfitri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

SIBU – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh hubungan strategik dengan China menerusi kerjasama yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan tinggi, kesihatan serta modal insan bagi menyokong keperluan pembangunan negeri pada masa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

Unduk Ngadau pentas perpaduan, penterjemah jadi nadi komunikasi

Unduk Ngadau pentas perpaduan, penterjemah jadi nadi komunikasi

190 peserta SAB seluruh Sabah tamatkan ekspedisi Wilderness Leadership

190 peserta SAB seluruh Sabah tamatkan ekspedisi Wilderness Leadership

Malaysia teliti peluru berpandu dari enam negara, tuntutan RM1 bilion terhadap syarikat Norway diteruskan

Malaysia teliti peluru berpandu dari enam negara, tuntutan RM1 bilion terhadap syarikat Norway diteruskan

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan