Garis panduan minuman beralkohol di sekolah kekal – Fahmi

KERAJAAN mengekalkan garis panduan dan amalan sedia ada berhubung penyajian minuman beralkohol dalam penganjuran acara di dewan sekolah, tanpa sebarang pindaan baharu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, susulan isu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam.

“Pertama, dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dibincangkan mengenai isu sekolah dan penganjuran acara yang ada menyediakan, menyajikan minuman beralkohol.

“Jemaah Menteri diingatkan dan memutuskan garis panduan serta amalan sedia ada adalah terpakai, tidak ada perubahan kepada garis panduan sedia.

“Mungkin di beberapa media ada perkara yang ingin ditanya tapi Kementerian Pendidikan (KPM) akan menerbitkan kenyataan susulan kepada sidang media ini dan saya minta rakan-rakan media untuk rujuk dengan Kementerian Pendidikan,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Fahmi bagaimanapun tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai garis panduan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, membidas aktiviti pesta arak dalam kawasan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Ipoh pada 27 September lalu.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun acara itu dianjurkan selepas sesi persekolahan, ia tetap melanggar peraturan biarpun membabitkan pihak luar.

Katanya, walaupun acara berkenaan selepas waktu sekolah, dewan sekolah tidak harus digunakan untuk kegiatan yang melanggar peraturan.

Kenyataan Perdana Menteri itu menerima pelbagai reaksi termasuk daripada DAP apabila penasihat parti berkenaan, Lim Guan Eng, menyifatkan kenyataan Anwar sebagai ‘menjolok sarang tebuan’ kerana didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina apabila dianggap mengganggu amalan sedia ada.

Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa garis panduan berkenaan tidak terpakai di sekolah jenis kebangsaan Cina, justeru mereka dibenarkan menyajikan alkohol dalam acara di fasiliti sekolah, Fahmi tetap merujuk kepada garis panduan sedia ada.

“Jemaah Menteri maklumkan bagi sesetengah sekolah jenis kebangsaan Cina ada yang mendapat bantuan penuh, ada yang beberapa fasiliti dibangunkan dan dijaga oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), ataupun dibangunkan oleh pihak swasta.

“Jadi ada beberapa perkara yang terpakai khusus untuk sekolah-sekolah Cina. Tapi boleh rujuk dengan kenyataan daripada KPM sejurus selepas sidang media ini,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan