Penganjuran IDECS25 perluas jaringan agensi kerajaan dengan rakan pelabur baharu

KUCHING – Penganjuran Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS25) disifatkan mampu membuka peluang kepada agensi-agensi kerajaan meneroka kerjasama strategik dan pelaburan baharu.

Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihak beliau telah berpeluang berkunjung ke IDECS25 dan melihat pelbagai tapak pameran yang menekankan kepentingan integrasi teknologi serta pembangunan lestari dalam era digital.

“Sepanjang program yang berlangsung dua hari ini, delegasi SADA turut meneroka pelbagai perkembangan dan peluang baharu khususnya untuk membangunkan pembangunan di Sri Aman.

“Antara pameran utama adalah memfokuskan bidang pendidikan, teknologi, tenaga hijau, serta ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, tujuan utama lawatan pihak SADA ke pelbagai tapak pameran adalah untuk meneroka kerjasama strategik dan pelaburan baharu yang berpotensi dibangunkan di bahagian Sri Aman selaras dengan matlamat SADA dalam memperkukuh pembangunan ekonomi setempat dan meningkatkan transformasi digital komuniti luar bandar.

“IDECS25 menjadi platform terbaik buat kami untuk berinteraksi dengan pelbagai pemain industri dan pelabur terutama yang memiliki dalam kepakaran dalam bidang teknologi serta pembangunan hijau. SADA ingin memastikan Sri Aman turut menikmati limpahan manfaat daripada ekosistem digital dan pelaburan yang sedang pesat berkembang di Sarawak,” ujar beliau.

Penyertaan SADA dalam IDECS 2025 membuktikan komitmen agensi ini untuk menyokong usaha Kerajaan Sarawak dalam menjadikan negeri ini sebagai hab ekonomi digital dan hijau di rantau ASEAN, sejajar dengan aspirasi Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030.

Turut hadir Pegawai Tadbir Khas SADA, Alfred Geling Ason; Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman dan Sekretariat SADA, Mohd Rizal Zakaria.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis