Ketulusan guru jadi nadi kecemerlangan SK Chukai sepanjang satu abad

KEMAMAN – Ketulusan dan keikhlasan guru dalam mendidik generasi muda menjadi asas kecemerlangan sesebuah sekolah, malah mampu mengatasi usia fizikal institusi itu sendiri.

Demikian antara intipati ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tengku Shahrir Tengku Dahlan ketika merasmikan sambutan Jubli Abad Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai di Arena Square, Padang Astaka, di sini.

Beliau berkata, kejayaan SK Chukai melahirkan ramai tokoh yang berjasa kepada daerah, negeri dan negara sepanjang 109 tahun penubuhannya membuktikan bahawa guru berjiwa besar adalah pemangkin utama kecemerlangan sekolah.

“Ketulusan dan keikhlasan guru menjadi nadi utama kepada kecemerlangan pelajar dan sekolah. Sokongan ibu bapa, alumni serta komuniti juga amat penting bagi meneruskan legasi kecemerlangan SK Chukai,” katanya.

Sambutan jubli abad sekolah berkenaan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai pengisian menarik termasuk ‘fun run’, perkongsian khas oleh peserta Freedom Flotilla Coalition, Prof Dr Afendi Saleh; gerai jualan serta persembahan ‘fire show’ sebagai acara kemuncak.

Untuk rekod, SK Chukai merupakan antara sekolah terawal ditubuhkan di daerah Kemaman iaitu pada tahun 1916. Antara alumni ternamanya ialah mantan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Wan Adnan Wan Ismail, yang pernah memegang jawatan berkenaan pada tahun 2001.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok