Sanusi tarik balik kenyataan fitnah, Anwar batal saman

ALOR SETAR – Kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya selesai di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kes saman itu selesai apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menamatkan pertikaian berhubung kes saman tersebut.

Sanusi dengan, secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat menarik balik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat olehnya pada 13 November 2022 terhadap Anwar.

Setelah mempertimbangkan kesan daripada tindakan saman fitnah serta kos perundangan yang bakal ditanggung, pihak-pihak telah bersetuju untuk menamatkan pertikaian ini secara muktamad memandangkan terdapat lebih banyak isu yang lebih besar dan atau penting yang perlu diberikan perhatian demi kepentingan negara.

“Justeru Anwar dan Sanusi telah mengambil keputusan untuk menghentikan pertikaian peribadi mereka dalam prosiding hari ini (Mahkamah Tinggi Alor Setar),” kata kenyataan itu.

Lanjutan kenyataan turut memaklumkan, Anwar bersetuju untuk menarik saman tanpa perintah mengenai kos selain tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Pada masa sama, Sanusi juga beriltizam untuk tidak mengulangi mana-mana perkataan yang menjadi asas tindakan guaman itu.

Kata kenyataan itu lagi, Anwar dan Sanusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hakim Dr Mohd Johan Lee kerana tanpa usaha mediasi beliau, penyelesaian ini tidak mungkin berlaku.

“Kedua-dua pihak berharap agar penyelesaian ini diterima dan dihormati oleh semua pihak, serta tidak dijadikan bahan untuk mengganggu-gugat kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian negara Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan