Masjid Al-Aqsa berdepan risiko runtuh

BAITULMAQDIS –Masjid Al-Aqsa ketika ini berisiko runtuh di sebahagian kawasan akibat kerja penggalian agresif yang dijalankan rejim Zionis Israel di sekeliling dan di bawah kawasan Kota Lama.

Pejabat Gabenor Baitulmaqdis menerusi kenyataan menegaskan bahawa kerja penggalian berterusan itu kini menimbulkan ancaman langsung terhadap struktur asas masjid serta bangunan bersejarah di sekitarnya.

Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa pendudukan Israel bersama kumpulan penempatan haram telah memperhebat aktiviti penggerudian bawah tanah, khususnya berhampiran tembok selatan dan barat Masjid Al-Aqsa.

Penggalian tersebut dilaporkan membentuk rangkaian terowong rumit di bawah kawasan Haram Al-Sharif, yang didakwa bertujuan mengubah realiti sejarah dan geografi di kawasan suci berkenaan.

Pihak Gabenor turut memaklumkan bahawa kerja penggalian berterusan itu menyebabkan kemunculan rekahan dan keretakan serius pada banyak bangunan kediaman serta struktur bersejarah di sekitar Kota Lama.

Amaran itu menegaskan bahawa tindakan menggali dan mengeluarkan tanah secara besar-besaran telah melemahkan asas yang menyokong struktur Masjid Al-Aqsa, sekali gus meningkatkan kemungkinan berlakunya runtuhan mendadak yang boleh mengancam keselamatan para jemaah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula