Haaland dalam kelas tersendiri

PENYERANG berbisa Manchester City, Erling Haaland jelas berada pada tahap berbeza.

Dia menjaringkan gol dalam 12 perlawanan berturut-turut bersama kelab dan negara sekali gus membantu City mengatasi badi di tempat lawan dalam saingan Eropah.

Haaland terus membuat kelab-kelab lain di Eropah cemburu dengan ketajamannya di depan gol.

Kapten, Bernardo Silva turut menjaringkan gol pada penghujung babak pertama ketika Villarreal – dikenali sebagai ‘The Yellow Submarine’ – tenggelam di gelanggang sendiri pada aksi Liga Juara-Juara pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan City melakar rekod tanpa kalah selepas sembilan perlawanan dalam semua pertandingan dan skuad Pep Guardiola kini berada dalam prestasi terbaik.

Kali terakhir City menang perlawanan Liga Juara-Juara di tempat lawan adalah hampir 13 bulan lalu, ketika menentang menentang kelab Slovakia, Slovan Bratislava.

Sejak itu mereka tewas empat kali dan seri sekali – rekod yang tidak sepadan dengan status mereka sebagai bekas juara Eropah dua tahun setengah lalu.

Haaland kini telah menjaringkan 15 gol dalam semua kejohanan musim ini dan musim masih belum mencecah penghujung Oktober.

Dengan jaringan dalam 12 perlawanan berturut-turut, Haaland juga menyamai rekod penyerang legenda, Cristiano Ronaldo.

Pencapaian itu menambah debaran menjelang aksi menentang Aston Villa pada Ahad ini di mana Haaland berpeluang memecahkan rekod bintang Portugal terbabit.

Related Posts

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

JARINGAN lewat Luis Diaz dan Michael Olise memastikan Bayern Munich meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Real Madrid, awal pagi tadi. Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 6-4 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi