Penutupan jalan sempena Sidang Kemuncak ASEAN hanya sementara dan berperingkat – Fahmi

BEBERAPA jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara sementara dan berperingkat sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa penutupan jalan tersebut hanya akan dilakukan pada waktu-waktu tertentu dan bertujuan untuk melancarkan pergerakan para delegasi ke lokasi acara.

“Secara amnya, jalan-jalan yang terlibat akan ditutup secara berperingkat dan hanya untuk sementara waktu.

“Namun, di kawasan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, akses akan dihadkan, terutamanya pada Ahad (26 Oktober).

“Langkah ini diambil bagi memudahkan pergerakan para delegasi ke lokasi persidangan,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan ke Pusat Media Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau turut menyeru agar stesen penyiaran televisyen, radio serta agensi berita terus menyalurkan maklumat berkaitan penutupan jalan kepada orang ramai secara berterusan.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 290 agensi media akan membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dengan kehadiran seramai 1,277 petugas media asing yang telah berdaftar.

Fahmi memaklumkan bahawa wakil media dari Jepun mencatatkan jumlah tertinggi dengan 314 orang, diikuti Amerika Syarikat (181) dan Republik Korea (101).

Filipina juga menghantar delegasi media yang besar memandangkan negara itu bakal memegang kerusi Pengerusi ASEAN selepas sidang kemuncak ini.

Sidang kemuncak kali ini membawa tema Keterangkuman dan Kemampanan dan bakal menjadi penutup kepada kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun ini.

Antara pemimpin dunia yang dijangka hadir ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Turut serta ialah pemimpin dari rantau ini termasuk Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, Ketua Junta Myanmar, Min Aung Hlaing, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr., Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone serta pemimpin Timor-Leste, Jose Alexandre Gusmao.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah penganjuran blok serantau itu.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana