Rashid Hussain dilantik semula Pengerusi TH sehingga 2027

TAN Sri Abdul Rashid Hussain disambung pelantikannya sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Lembaga Tabung Haji (TH) untuk tempoh dua tahun lagi, berkuat kuasa mulai 20 Disember 2025 hingga 19 Disember 2027.

Dalam satu kenyataan rasmi, TH merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas keyakinan berterusan terhadap kepemimpinan Abdul Rashid, yang dianggap telah membawa reformasi strategik dan tadbir urus signifikan kepada institusi tersebut.

“Sejak menerajui TH pada 20 Disember 2023, Tan Sri Abdul Rashid Hussain memacu beberapa pencapaian utama, termasuk memperkukuh kedudukan kewangan dan meningkatkan pulangan kepada pendeposit.

“Ini dibuktikan melalui kejayaan TH mencatat keuntungan yang memberangsangkan dan memastikan pengagihan dividen yang kompetitif dan mampan.

“Bagi tahun kewangan 2024, TH mengagihkan keuntungan berjumlah RM2.92 bilion kepada pendeposit, selain berjaya meningkatkan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) kira-kira RM95.06 bilion,” menurut kenyataan itu.

TH turut memaklumkan bahawa institusi itu telah meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Labaytum Diamond Award oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada musim haji 1446H/2025M, iaitu anugerah tertinggi bagi agensi pengurusan haji.

Dalam pada itu, Abdul Rashid merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, atas kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk meneruskan agenda transformasi TH.

“Melalui usaha penambahbaikan berterusan dan inovasi strategik, institusi ini komited untuk terus mengembangkan dana pendeposit, sekali gus memudahkan urusan jemaah menunaikan ibadah haji yang mabrur.

“Matlamat kami adalah untuk memperkukuhkan TH sebagai sebuah institusi simpanan Islam yang dihormati.

“Ini juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya TH sentiasa menambah baik tatakelola dan tadbir urus supaya memberi manfaat kepada pendeposit,” katanya.

Menurut beliau, fokus akan terus diberikan kepada pelaksanaan strategi jangka panjang dan pembangunan modal insan, demi kepentingan pendeposit, jemaah haji serta seluruh umat Islam di Malaysia.

Abdul Rashid turut berbesar hati di atas peluang untuk terus menabur bakti bersama warga TH yang komited ke arah memperkukuhkan kedudukan kewangan TH untuk lebih mampan dan lestari.

Related Posts

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

ROMPIN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan keyakinan penuh rakyat negeri ini terus memberikan mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan negeri. Keyakinan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Oleh: Nazrul Hakimi, Fatin, Eveline B, Siti, Nana Mohamad, Ekin Rosli & Yaya Amir KERAJAAN MADANI memainkan peranan penting dalam melindungi rakyat susulan krisis bekalan global yang menjejaskan ekonomi akibat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

Malaysia teguh prinsip kedaulatan, perluas kerjasama teknologi global

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

Krisis global & kepimpinan Malaysia

Krisis global & kepimpinan Malaysia