Kabinet bentang tiga cadangan utama perkasa sistem pendidikan negara – PMX

PUTRAJAYA – Larangan penggunaan telefon pintar kepada pelajar berusia 16 tahun dan ke bawah merupakan antara tiga cadangan utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan terbabit merupakan antara tindakan yang boleh diperhalusi bagi menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk kes buli dan jenayah ketika ini semakin membimbangkan.

Beliau berkata, dua lagi cadangan lain termasuk meningkatkan pemantauan keselamatan di sekolah dan penambahbaikan kandungan pendidikan yang menekankan nilai dan akhlak.

“Mesyuarat hari ini menumpukan masa yang panjang untuk membincangkan isu pendidikan, termasuk masalah disiplin yang menimbulkan kerisauan ramai pihak keluarga, ibu bapa dan pelajar.

“Dalam hal seperti ini, kita tidak boleh mengambil tindakan secara tergesa-gesa sebaliknya ia perlu diteliti dengan mendalam.

“Dua minggu lalu, dalam Mesyuarat Pendidikan Kebangsaan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, telah memberikan penjelasan yang panjang lebar. Namun, seperti yang saya nyatakan di sini, ada beberapa langkah yang perlu diambil segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling, Presint 5, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, antara cadangan yang perlu diteliti termasuk melarang penggunaan telefon pintar bagi pelajar berumur 16 tahun ke bawah dan kajian sedang dibuat mengenai larangan itu kerana banyak negara lain sudah melaksanakannya.

“Masih ada kelonggaran bagi penggunaan telefon untuk tujuan tertentu, tetapi saya fikir kita perlu tegas dalam hal ini, dengan penglibatan dan peranan aktif ibu bapa.

“Kita dapati pengaruh media sosial dan permainan dalam talian (online games) turut memberi kesan kepada tingkah laku pelajar,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau juga mahu supaya jaminan keselamatan di sekolah dipertingkatkan.

“Kita telah berbincang dengan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan pemantauan keselamatan sekolah dilaksanakan dengan lebih berkesan, walaupun ia bukan tugas utama mereka,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, dalam kerangka Malaysia MADANI, kerajaan amat menekankan aspek nilai, akhlak dan pendidikan yang seimbang.

“Kita tahu terdapat kira-kira empat hingga lima juta pelajar dan insiden seperti kes pelajar membunuh guru, kes buli dan masalah disiplin berulang amat membimbangkan.

“Walaupun ramai pelajar mendapat pendedahan pendidikan Islam termasuk di sekolah agama dan tahfiz namun, ada juga sebahagian kecil yang terdedah kepada fahaman yang tidak sepatutnya. Ini juga sedang diteliti oleh kerajaaan,” katanya.

Related Posts

Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan