Liverpool ujian terbesar United

MANCHESTER United berharap sumpahan rehat antarabangsa tidak berulang apabila mereka berkunjung ke Anfield pada Ahad ini untuk pertemuan getir menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan sebelum rehat antarabangsa September lalu tidak bertahan lama apabila United dibelasah 3-0 oleh Manchester City sebaik liga bersambung semula dua minggu kemudian.

Skuad kendalian Ruben Amorim kini berdepan ujian paling sukar musim ini, menentang juara bertahan Liverpool yang mahu bangkit selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut.

Kemenangan 2-0 ke atas Sunderland sebelum rehat antarabangsa sedikit sebanyak menenangkan tekanan terhadap Amorim, sekali gus meredakan spekulasi tentang masa depannya di Old Trafford.

Selepas meraih tiga mata pertama musim ini ketika menundukkan Burnley pada 30 Ogos, Amorim mempunyai dua minggu untuk mempersiapkan pasukannya menentang City — tetapi kekalahan teruk di Etihad memadamkan segala momentum yang dibina.

Kini, United sekali lagi akan diuji selepas rehat antarabangsa, dan Amorim berharap sejarah tidak berulang di Anfield.

Liverpool kendalian Arne Slot turut berdepan tekanan selepas tiga kekalahan berturut-turut menentang Crystal Palace, Galatasaray dan Chelsea.

Namun, The Reds masih mengekalkan rekod sempurna di laman sendiri musim ini.

United pula tidak pernah menang di Anfield sejak tahun 2016, ketika Wayne Rooney menjaringkan gol tunggal kemenangan.

Mohamed Salah — yang direhatkan ketika kemenangan 1-0 Mesir ke atas Guinea-Bissau minggu lalu — mempunyai rekod cemerlang menentang United dengan 16 gol dalam pertemuan sebelum ini.

United hanya menang enam perlawanan Liga Perdana dalam tempoh lapan bulan terakhir, semuanya menentang pasukan baharu dinaikkan pangkat, pasukan yang bakal tersingkir, atau lawan yang bermain dengan 10 orang.

Related Posts

Padang tiruan punca Salah tidak turun lawan Sudan Selatan

MOHAMED Salah tidak akan beraksi untuk Mesir menentang Sudan Selatan disebabkan kebimbangan mengenai permukaan padang perlawanan. Penyerang Trabzonspor itu tidak berlepas bersama skuad untuk perlawanan mereka di Stadium Juba pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bellingham pemain berkualiti, ada watak tersendiri

THOMAS Tuchel mahu Jude Bellingham bermain dengan ‘sedikit kemarahan’ selepas pemain tengah England itu mempamerkan sisi agresifnya ketika tewas kepada Sepanyol dalam aksi Liga Negara-Negara, semalam. Bellingham menjadi antara tumpuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Penjawat awam, bekas CEO mengaku tidak bersalah berkait rasuah perlombongan emas

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

Pesara tentera maut terperangkap dalam kebakaran

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

PMX akan ziarahi jenazah Tun Hasmah

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Isu akaun WhatsApp digodam dan disekat, MCMC tunggu maklum balas Meta

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, siaran televisyen dan radio perlu disederhanakan – Fahmi

Jenazah Tun Hasmah disolatkan selepas Asar, dikebumi di Putrajaya

Jenazah Tun Hasmah disolatkan selepas Asar, dikebumi di Putrajaya