Ribut jejas empat sekolah, KPM laksana tindakan segera

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan kerja pembersihan dan penilaian kerosakan sedang dijalankan di empat sekolah yang terjejas akibat ribut di Teluk Panglima Garang, Selangor, petang semalam.

Empat sekolah berkenaan ialah SMK Sijangkang Jaya, SK Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.

Menurut kenyataan KPM, usaha membaik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin sebaik proses penilaian selesai, bagi memastikan kemudahan sekolah dapat digunakan semula dengan segera.

“Bagi menjaga keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat supaya pembelajaran tidak terganggu,” jelas kenyataan itu.

KPM turut menzahirkan keprihatinan terhadap semua warga sekolah yang terkesan dan akan memastikan segala bantuan serta tindakan susulan dilaksanakan segera.

Dalam masa sama, KPM mengingatkan semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah serta pentadbir sekolah supaya sentiasa berwaspada dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cuaca tidak menentu bagi menjaga kesejahteraan dan keselamatan warga pendidikan di seluruh negara.

Ribut kuat yang melanda kawasan Teluk Panglima Garang petang semalam turut menyebabkan beberapa bumbung bangunan sekolah diterbangkan angin, selain pokok tumbang dan kerosakan pada kemudahan sekolah. Tiada kecederaan dilaporkan, namun semua pihak dinasihatkan terus berwaspada terhadap perubahan cuaca ekstrem yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Related Posts

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM). Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai