Nepal lapor FIFA dakwa Malaysia palsu dokumen pemain

SELEPAS Vietnam membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), kini Nepal difahamkan sudah mengemukakan aduan rasmi kepada badan bola sepak dunia itu.

Menurut laporan The Guardian, Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal (ANFA) memfailkan aduan terhadap Malaysia, selepas Hector Hevel – salah seorang penjaring gol dalam kemenangan 2-0 Malaysia ke atas Nepal pada Mac – diputuskan ‘tidak layak oleh FIFA’ dan bermakna keputusan itu boleh dibatalkan,

Dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim pada Mac lalu, skuad negara kendalian Peter Cklamovski menewaskan Nepal 2-0.

Dua gol pasukan negara dijaringkan Hevel dan Corbin Ong.

Hevel diperkenalkan ssbagai pemain warisan terbaharu negara dan aksi dengan Nepal adalah penampilan sulungnya.

Selepas itu, skuad negara mengumumkan kehadiran enam lagi tonggak warisan membabitkan Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal Iraurgui yang membuat penampilan pada Jun.

Semua tujuh pemain itu disenaraikan dalam aksi kedua kelayakan menentang Vietnam yang menyaksikan Malaysia menang 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun.

Vietnam membuat aduan kepada FIFA sejurus aksi itu dan menuntut siasatan dilakukan ke atas tujuh pemain terbabit sebelum badan induk dunia itu menjatuhkan hukuman di atas kesalahan memalsukan dokumen.

FAM dikenakan denda selain tujuh pemain terbabit dikenakan penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Related Posts

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

ARSENAL mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas jaringan Bukayo Saka memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi. Skuad kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

PEP Guardiola mengakui perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini bukan lagi dalam kawalan Manchester City selepas seri 3-3 dengan Everton, awal pagi tadi. “Sekarang ia bukan lagi di tangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji