Loji jana kuasa Melaka punca gangguan elektrik di Lembah Klang, Johor Bahru

GANGGUAN bekalan elektrik yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dan Johor Bahru petang ini berpunca daripada insiden di Stesen Penjana Bebas Edra Power Plant, Melaka.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di media sosial memaklumkan bahawa pasukan teknikalnya sedang giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih bagi memulihkan bekalan secara berperingkat di kawasan terjejas.

“Gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kepong, Kuala Lumpur. Pasukan teknikal kami kini berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan. Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat kami kesali,” menurut kenyataan itu.

Menurut TNB, pihaknya menerima jumlah aduan yang tinggi ekoran gangguan yang berlaku.

“Kami sedang menerima jumlah aduan yang tinggi. Pihak teknikal kami sedang berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan. Sekali lagi, kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran pengguna sepanjang tempoh pemulihan,” katanya.

Dalam masa sama, pengguna media sosial turut melaporkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan lain termasuk Petaling Jaya di Selangor, Ipoh di Perak, Johor Bahru dan Pasir Gudang di Johor, serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan.

TNB turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik semasa gangguan berlaku kerana bekalan mungkin dipulihkan pada bila-bila masa.

“TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan di sekitar kawasan Lembah Klang dan Johor Bahru akibat daripada insiden di Stesen Penjana Bebas Edra Power Plant di Melaka. Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas,” katanya.

TNB turut menasihatkan orang awam agar segera melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik melalui saluran berikut:

1.⁠ ⁠Talian 15454
2.⁠ ⁠Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
3.⁠ ⁠Direct Message (DM) ke akaun X @Tenaga_Nasional
4.⁠ ⁠E-mel ke tnbcareline@tnb.com

Related Posts

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

TEMERLOH – Seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap, di sini, semalam, ditemui lemas pagi tadi. Mayat Samsul Azmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu manfaat setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri itu dapat dirasai rakyat dalam tempoh yang munasabah menerusi peningkatan peluang pekerjaan, pendapatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan