Konvoi bantuan GSF ke-4 dijangka berlayar ke Gaza November ini

EDISI keempat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada pertengahan atau penghujung November ini bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang terus berdepan kepungan rejim Zionis.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Muhammad Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya akan menggunakan pengalaman daripada tiga siri terdahulu untuk memperkukuh strategi dan persiapan konvoi bagi menembusi sekatan pertahanan tentera Israel.

“Kita sedang merancang untuk masuk ke perairan Gaza menjelang Ramadan ini… oleh itu, kita sasarkan paling lewat konvoi bantuan ini perlu memulakan perjalanan sama ada pada pertengahan atau penghujung bulan depan.

“Kita juga akan mengadakan perbincangan di peringkat antarabangsa bagi mengkaji semula tiga siri konvoi terdahulu yang terkandas akibat dipintas tentera Israel, dan merangka strategi memecah kepungan mereka,” katanya memetik Berita Harian pada Rabu.

Beliau memaklumkan, saiz armada yang bakal terlibat dalam misi kali ini masih sama seperti sebelum ini, iaitu kira-kira 1,000 bot dan kapal dari seluruh dunia yang akan membawa pelbagai jenis bantuan sebelum bergabung di Laut Mediterranean.

Menurutnya lagi, konvoi itu dijangka disertai kumpulan dari beberapa lokasi antaranya perairan Gibraltar, Barcelona, Tunisia, Itali dan Turkiye, sebelum memasuki Palestin melalui perairan Gaza secara berasingan.

Muhammad Azmi turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membentangkan cadangan menghantar 200 kontena berisi barangan keperluan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah di Mesir.

“Setelah perbincangan dibuat, kita perlu desak (Presiden Mesir) Abdel Fattah al-Sisi untuk membuka pintu sempadan Rafah bagi membolehkan semua kontena itu dibawa masuk,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Azmi menerima kunjungan Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong, di Ibu Pejabat MAPIM bagi memeterai memorandum persefahaman (MoU).

Perjanjian itu bertujuan mewujudkan kerjasama strategik jangka panjang dalam memperkukuh peranan media terhadap isu kemanusiaan sejagat serta memperluas kefahaman awam mengenai konflik kemanusiaan global.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar