Sistem pendidikan negara di takuk lama, punca perbuatan tidak bermoral di sekolah – PMX

PUTRAJAYA- Sistem pendidikan negara harus memberikan penekanan terhadap aspek nilai, moral dan prinsip etika dan bukan hanya pengetahuan semata-mata, susulan beberapa insiden membabitkan buli serta rogol sejak akhir-akhir ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar pendidikan sedia ada yang telah diwarisi sejak sekian lama dilihat mempunyai kecacatan mahupun kelompangan sehingga berlakunya perbuatan tidak bermoral.

Menurutnya, kejadian seumpana itu mencerminkan kelemahan sistem pendidikan negara yang terlalu menekankan aspek ilmu pengetahuan semata-mata tetapi mengabaikan nilai moral dan etika yang menjadi asas pembentukan insan berakhlak.

“Pendidikan tanpa nilai, tanpa prinsip moral dan etika itu ada kelemahannya. Bukan salah guru sahaja, ibu bapa jadi mudah-mudahan kita ada tekad lakukanlah sebaiknya untuk kita, untuk keluarga kita untuk masyarakat kita untuk negara kita.

“Macam (isu) buli. Ini baru saya umum hari Jumaat, umum pasal buli memang keputusan dah dibuat, menteri dah sebut… rogol lagi di sekolah. Sampai tiap majlis saya di Tambun, satu hari, hari Sabtu jumpa ada dua program di sekolah, itu saya tekankan masalah buli.

“Pendidikan, pendidikan itu ‘knowledge. Not values. Not moral and ethical principles’. So ada flaw. Bukan salah guru saja, ibu bapa, sistem,” katanya pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Oktober, di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, pada Isnin.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sehubungan itu, Anwar mengharapkan agar wujud tekad bersama antara institusi pendidikan, ibu bapa dan masyarakat dalam memperbaiki kelemahan terbabit demi memastikan generasi dibentuk bukan sahaja berilmu namun, memiliki akhlak peribadi yang berkualiti.

“Mudah-mudahan kita ada tekad dalam melakukan yang sebaiknya untuk keluarga, masyarakat dan negara kita,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2026 Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) membabitkan usaha membangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tambah kamera litar tertutup (CCTV).

Kelmarin, media melaporkan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, empat pelajar lelaki tingkatan lima yang disyaki terbabit melakukan kesalahan seksual terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah pada 2 Oktober lalu direman enam hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun itu direman hingga 16 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Susulan itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek melalui satu hantaran di Facebook, memberi jaminan bahawa KPM tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di semua institusi pendidikan di bawah kelolaan kementerian itu.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16