Lelaki positif dadah dicekup dalam Operasi Bersepadu IPD Saratok

SARATOK – Usaha berterusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam membanteras penyalahgunaan dadah terus menunjukkan hasil apabila seorang lelaki tempatan ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah dan Op Tapis Khas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi tersebut dijalankan di Sekatan Jalan Raya Pan Borneo, laluan Saratok–Kuching.

“Seorang lelaki berusia 42 tahun dari Beladin telah ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan.

Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut DSP Mathew, operasi seperti ini akan terus dipergiatkan bagi memastikan daerah Saratok bebas daripada ancaman dadah.“Pihak polis akan terus menjalankan operasi secara berkala dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Untuk rekod, sepanjang minggu ini IPD Saratok telah berjaya menahan lima individu berkaitan salah guna dadah.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok