Belanjawan 2026 pacu kebangkitan Malaysia, jadi kompas sejarah pacu negara ke landasan reformasi 

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2026 menjadi saksi bahawa Kerajaan MADANI memilih kerangka ke arah jalan kebangkitan dan pembaharuan yang menyeluruh dan holistik.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembentangan itu juga menandakan lembaran pertama bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang tidak sekadar berfungsi sebagai perencanaan kewangan tahunan tetapi merupakan kompas sejarah untuk era mendatang.

Menurutnya, belanjawan tidak hanya menghidangkan angka serta perangkaan perbelanjaan, mahupun lembaran teknikal yang hanya berbicara soal fiskal dan tahap kesihatan kewangan negara namun ia merupakan pernyataan moral, sebuah ikrar sejarah, dan sebuah perjanjian yang tulus dan luhur antara Kerajaan dan rakyat terbanyak.

“Belanjawan MADANI Keempat ini akan menjawab serta mencakup persoalan mahupun cabaran ekonomi semasa, selain menyusun dan merangka jalan bagi mengelak kebejatan dan keterlanjuran. Kita menolak budaya menumpuk hutang tanpa kawalan, melawan ketirisan dan kebobrokan, dan kita benci kemewahan kelompok elit yang dibayar dengan kesengsaraan rakyat.

“Sementelahan, kita memilih jalan yang berliku, sukar dan panjang, yakni jalan reformasi, disiplin fiskal yang tegas, serta pengukuhan institusi kerana hanya jalan itu sahaja dapat menjamin negara ini dapat diselamatkan dalam tempoh jangka panjang,” katanya ketika membahaskan Belanjawan (2026) di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Sementara itu, Anwar yang juga Perdana Menteri memaklumkan, Malaysia tidak seharusnya sekadar bungkam dan berpeluk tubuh walaupun saat dunia dibadai perang tarif, pentas geopolitik dengan terus berantakan, krisis iklim yang memburuk serta kebangkitan teknologi baharu yang pantas bergerak. 

“Kita mesti berani memikul tanggungjawab pensejarahan, sama seperti empayar Melaka yang pernah berdiri sebagai kosmopolitan yang adil sebagai tatanan hukum, kukuh dalam hubungan dagang dan kekuatan maritim, dan dihormati dunia kerana pematuhan pada hukum. 

“Kini giliran kita untuk membuktikan bahawa Malaysia yang relatifnya kecil dari segi geografi mampu menjadi besar dan matang dari segi pengaruhnya, tidak hanya melalui kekuatan ketenteraan, tetapi dengan kekuatan moral, keadilan sosial dan ekonomi yang kukuh,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerangka besar Ekonomi MADANI adalah untuk rakyat, dengan memastikan negara punyai kemampuan menyediakan kemudahan untuk rakyat, mencipta pekerjaan, menjana pendapatan dan meringankan kos sara hidup.

“Seyogia, mengangkat tema Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat, setelah berani mengusung reformasi, kini masa memulangkan hasil kepada rakyat. Selaku belanjawan sulung yang menyemangati RMK13, Belanjawan 2026 menetapkan sembilan Tekad Utama berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI,” katanya.

Sembilan tekad utama itu adalah meluhur tatakelola terbaik, memenuhi keutamaan rakyat, menjuarai ekonomi bernilai tinggi, memacu produk ciptaan Malaysia, memperkukuh ketahanan negara, merapat kesenjangan dan mencipta peluang, menjamin kelangsungan hidup rakyat, memperkasa perkhidmatan rakyat dan yang terakhir adalah membina jati diri serta membangun nilai insani.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat