Penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM500, pesara dapat RM250

KUALA LUMPUR –  Kerajaan MADANI mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan khas kewangan sebanyak RM250 turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

“Bantuan berkenaan akan disalurkan sempena Aidilfitri, pada awal Mac tahun depan.

“Kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta,” katanya ketika membahaskan Belanjawan (2026) di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan bersetuju untuk memperluas pelaksanaan Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam perkhidmatan awam Persekutuan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurut beliau, ia bagi mengiktiraf prestasi cemerlang penjawat awam yang telah lama berkhidmat tetapi masih menunggu peluang kenaikan pangkat disebabkan kekangan struktur perjawatan

“Melalui peluasan ini, pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan yang kenaikan pangkatnya hanya tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam atau lapan tahun tertakluk kepada gred jawatan semasa serta menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang, akan diberikan insentif khas bersamaan dengan nilai satu Kenaikan Gaji Tahunan pada gred semasa, yang akan dibayar secara bulanan.

“Bagi menggalakkan penjawat awam meningkatkan kelayakan akademik, kerajaan akan menyediakan Elaun Sara Hidup RM900 sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa mulai 2026. Kerajaan turut bersetuju meningkatkan jumlah penerima HLP Separa Biasiswa kepada 150 orang setahun ketimbang 100 orang,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa, semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.

Susulan penstrukturan semula gaji penjawat awam, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 akan mula berkuat kuasa Januari 2026,” katanya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP