Duti rokok, alkohol naik mulai 1 November 

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI bersetuju menaikkan kadar duti eksais ke atas produk rokok berkuat kuasa mulai 1 November sebagai langkah mengekang tabiat merokok dan memperkukuh Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu dilaksana bagi mengurangkan prevelans tabiat rokok, dengan harga sebatang rokok dinaikkan dua sen dan produk cigars, cheroots serta cigarillos dinaikkan RM40 sekilogram (kg).

“Produk rokok elektronik bagi memanaskan tembakau atau heated tobacco yang mengandungi kandungan tembakau dinaikkan RM20kg.

“Pada masa sama, kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk 100 terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk semburan nicotin dan nicotine lozenges sehingga 31 Disember 2027,” katanya nketika membahaskan Belanjawan (2026) di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Dalam usaha mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, Anwar menegaskan kerajaan juga menaikkan kadar duti eksais ke atas produk minuman keras sebanyak 10 peratus mulai 1 November.

“Hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membiayai Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung.

“Kerajaan juga memberi pelepasan cukai pendapatan individu yang membuat perbelanjaan pemvaksinan yang layak dengan ia meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM sebagai galakan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, bagi menjamin keterjaminan ubat, kerajaan akan merintis projek usaha sama awam-swasta bagi ubat-ubatan penting yang akan meningkatkan keterjaminan bekalan ubat negara serta daya saing industri ubat tempatan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar