Inovasi tempatan diperkasa melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia

KERAJAAN komited untuk memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan tempatan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’ yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun universiti awam telah menubuhkan hampir 450 syarikat terbitan, kadar pengkomersialan hasil penyelidikan kekal rendah, iaitu sekitar lima peratus.

Justeru, langkah lebih proaktif diperkenalkan bagi memastikan inovasi anak tempatan tidak terus terperangkap di peringkat makmal dan dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh rakyat dan industri.

Bagi tujuan itu, pensyarah universiti awam yang juga pengasas syarikat terbitan kini dibenarkan mengambil cuti penyelidikan atau sabatikal selama setahun untuk memberi tumpuan kepada usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka.

Pada masa sama, kerajaan akan menubuhkan Dana Nasional Syarikat Terbitan berjumlah RM10 juta yang bakal membantu sekurang-kurangnya 50 pensyarah membangunkan syarikat masing-masing. Dana ini dijangka menarik pelaburan swasta melebihi RM30 juta dengan kesan pengganda tiga kali ganda terhadap ekonomi negara.

Kerajaan juga memperuntukkan RM12 juta kepada beberapa hospital pengajar universiti (HPU) terpilih bagi mengaplikasikan secara bersasar hasil inovasi tempatan dalam rawatan dan pemulihan pesakit. Antara ciptaan yang akan digunakan ialah mesin dialisis buah pinggang mudah alih dan rawatan kanser lidah oleh Universiti Sains Malaysia (USM), serta terapi biologi osteoartritis lutut dan rawatan kesuburan oleh Universiti Malaya (UM).

Sehingga kini, lebih 550 produk dan perkhidmatan tempatan telah diluluskan penggunaan logo MySTI sebagai pengiktirafan kepada inovasi sains dan teknologi negara. Produk berstatus MySTI akan diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan dan ujian pasaran komersial.

Dalam usaha menggalakkan penggunaan teknologi hijau, kerajaan turut mencadangkan pemberian Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau 100 peratus kepada syarikat yang menggunakan teknologi tempatan yang diiktiraf dengan pensijilan MyHIJAU Mark.

Kempen ‘Buatan Malaysia’ juga terus diperkasa dengan peruntukan RM20 juta bagi meningkatkan promosi produk tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebagai tambahan, kerajaan akan menganjurkan Putrajaya Festival of Ideas sebagai platform merakyatkan hasil penyelidikan dan inovasi institusi pengajian tinggi agar lebih dekat dengan komuniti serta dapat dimanfaatkan secara langsung dalam kehidupan seharian.

Related Posts

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus hari ini mencerminkan keyakinan bank pusat itu terhadap keupayaan ekonomi Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kewangan negara dijangka kembali kukuh semula dalam tempoh 2 tahun

BANGI – Kedudukan kewangan negara dijangka akan kembali kukuh dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi beberapa langkah demi  mengurangkan defisit secara berperingkat. Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled