‘Jangan ugut kerajaan isu rotan, lebih baik hilang undi daripada lahirkan penjenayah’

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menegur tindakan segelintir ibu bapa yang mengugut kerajaan akan hilang undi sekiranya penggunaan rotan di sekolah diteruskan.

Menurutnya, sikap sedemikian tidak wajar kerana hukuman rotan yang dilaksanakan secara berhemah masih relevan dalam mendidik serta membentuk akhlak pelajar.

Helmy menegaskan, tindakan melarang guru menggunakan rotan tanpa menilai situasi sebenar hanya akan melemahkan peranan pendidik dalam membentuk sahsiah murid-murid.

“Mak bapak (bapa) tak perlu ugut-ugut pasal anak mereka bakal pengundi. Lebih baik hilang seorang pengundi daripada menghasilkan seorang penjenayah.

“Rotan itu sakit, tapi lebih sakit kalau kita membiarkan kerosakan (anak) di hadapan mata,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Noor Helmy dilihat kurang bersetuju dengan pendekatan yang dinyatakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bahawa kementerian untuk mengutamakan pendekatan berhemah dan berperikemanusiaan berbanding rotan.

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital berkata, ketegasan guru sewaktu zaman persekolahan dahulu menjadi tunjang kepada kejayaan ramai pemimpin dan masyarakat hari ini.

“Saya sendiri antara yang pernah merasa tangan berbirat kerana ponteng mengaji dan tidak hafal doa. Tapi daripada rotan itulah datangnya pengajaran dan rasa hormat pada guru.

“Kerana ketegasan merekalah saya jadi seperti hari ini. Saya janji takkan kecewakan mereka,” katanya.

Dalam statusnya itu, Mohammad Noor Helmy berkongsi kisah dua guru yang banyak membentuk dirinya, mendiang Cikgu Hau Kim Chai dan Allahyarham Ustaz Abdullah Tahir, warden asrama Sekolah Tinggi Melaka yang digambarkan sebagai pendidik tegas tetapi berhati besar.

“Saya janji dengan cikgu, dalam Duyong ini selagi ada cikgu merotan anak murid kerana sikap anak murid yang keterlaluan, cikgu itu akan saya pertahankan. Kena sebat tahun 1994, sampai sekarang kesan hitam itu ada lagi,” katanya.

Related Posts

Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan