Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 dilancar Disember

PUTRAJAYA – Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan 2026-2030 dijangka dilancarkan Disember ini, yang memberi tumpuan kepada sektor dan bidang utama seperti tadbir urus, masyarakat dan industri.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pelan itu yang kini sedang dibangunkan oleh Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) adalah sebahagian daripada usaha kesiapsiagaan negara dalam merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpaksikan AI menjelang 2030.

“Antara bidang utama yang akan diberi perhatian ialah aspek tadbir urus, dan dokumen ini akan memperincikan lagi kerangka kerja Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AIGE) yang dilancarkan tahun lalu.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia sebagai negara AI menjelang 2030 direalisasikan.

“Justeru, kita perlu meneliti sektor-sektor tertentu dengan lebih mendalam, terutamanya kerajaan, masyarakat dan industri,” katanya kepada Bernama.

Gobind berkata, Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 itu juga akan menghimpunkan cabaran yang dihadapi oleh ketiga-tiga sektor utama berkenaan.

Related Posts

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

PUTRAJAYA – Keperluan untuk kerajaan mengesyorkan pengilang pakaian sekolah menghasilkan jenama khas ‘Uniform Sekolah MADANI’ yang ditawarkan pada harga mampu milik bagi membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa setiap kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

PUTRAJAYA – Myanmar bersetuju membawa pulang 5,000 pelariannya dari Malaysia menggunakan kapal, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatnya dari Myanmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis