Wan Ahmad Fahysal ‘disekolahkan’, jangan jadi lebih Hamas daripada Hamas

AHLI Parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal ‘disekolahkan’ oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkaitan kewajaran kerajaan membenarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hadir ke Malaysia.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu diingatkan supaya tidak menjadi lebih Hamas daripada Hamas di Dewan Rakyat, hari ini.

Ini susulan pemimpin Bersatu itu terus mendesak Putrajaya membatalkan jemputan Malaysia kepada Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

“Hamas menyambut baik rancangan 20 perkara yang diberikan oleh Trump. Jadi kenapa kita tak bantu, tak sokong pendirian ini?

“Janganlah kita cakap apa… jadi lebih Hamas daripada Hamas, ini apa pasal? Kita bantu, kita sokong, kita ingin mencapai perdamaian di Palestin,” kata Mohamad Alamin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Wan Fayhsal berhubung isu Gaza.

Mohamad berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, mempunyai tanggungjawab untuk menjemput semua rakan dialog ASEAN ke sidang kemuncaknya dan ia akan mengambil peluang untuk menyatakan pandangan Malaysia mengenai Gaza kepada Trump.

Menurutnya, walaupun Malaysia prihatin dengan situasi di Palestin namun perlu melihat objektif di sebalik jemputan ASEAN kepada Trump.

“Ya kita prihatin dengan apa yang berlaku di Palestin, tapi faedah dan juga hubungan dagang kita, hubungan pelaburan ASEAN dan juga AS cukup besar.

“Dan Malaysia ini, dengan AS adalah sebagai satu negara yang memberi pelaburan yang terbesar. Jadi kita lihat dari sudut ekonomi.

“Tapi insya-Allah, dengan pendirian tegas YAB Perdana Menteri dan Menteri Luar sendiri kita cukup optimis, kita cukup yakin bahawa, Trump ini bersama-sama semua negara yang sama fikiran dengan Qatar, dengan Mesir, sentiasa mencari jalan untuk mencari perdamaian di Palestin.

“Jadi Machang, jangan jadi Hamas lebih daripada Hamas ya,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan