Tangkap sukarelawan satu jenayah perang, Israel harus diseret ke Mahkamah Antarabangsa

PUTRAJAYA – Tindakan Tentera Pertahanan Israel (IDF) yang menahan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas dan tidak boleh diterima sama sekali.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, kelakuan zalim Israel terbukti merupakan jenayah perang selain pelanggaran terang-terangan terhadap beberapa instrumen undang-undang antarabangsa.

Antaranya, tegas beliau, Israel secara jelas telah melanggar ketetapan dalam Peraturan Kemanusiaan Antarabangsa (IHL), yang menggariskan perlindungan kepada misi bantuan kemanusiaan.

“Ini termasuklah juga tidak mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) yang menjamin kebebasan navigasi di perairan antarabangsa serta Konvensyen Geneva Keempat yang melindungi orang awam dalam masa perang.

“Flotila yang membawa misi murni untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza, sedang berada di perairan antarabangsa, di luar zon maritim Gaza yang disekat. Namun, tentera Israel telah bertindak secara agresif, menahan dan mengancam rakyat Malaysia yang merupakan sebahagian daripada misi itu,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Muhamad Hisham menggesa agar rakyat Malaysia yang ditahan dibebaskan serta-merta di samping, Israel perlu diambil tindakan undang-undang segera di peringkat antarabangsa.

“Tindakan Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan mereka perlu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk diadili.

“PPMM menyeru semua negara, terutamanya Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan jenayah ini dan mendesak Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Kita juga menyeru tindakan segera dan efektif daripada kerajaan Malaysia menggunakan pelbagai saluran serta platform yang ada termasuk ketegasan bagi pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan secara salah IDF dan umum kepada sukarelawan di dalam misi
Sumud Flotila tersebut,” katanya.

Setakat ini 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, ditahan tentera Israel selepas rejim Zionis itu memintas kapal berkenaan.

Terbaharu adalah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, selain Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad yang berada di atas kapal Grande Blu.

Sebelum ini rakyat Malaysia ditahan adalah Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli daripada kapal Sirius serta Iylia Balqis, Ahmad Musa Al-Nuwayri dan dan Sul Aidil dari kapal Alma.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam keras tindakan rejim Israel yang memintas kapal GSF yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza.

Anwar dalam hantaran di Instagramnya berkata, kapal-kapal terbabit membawa orang awam tidak bersenjata serta bekalan kemanusiaan penting untuk rakyat Gaza, namun disambut dengan ugutan dan paksaan oleh pihak Israel.

Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan berlandaskan undang-undang untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan, terutama dalam isu membabitkan warganegara Malaysia.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat