Pahang terus salur bantuan untuk Palestin, seru rakyat doa keselamatan GSF

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin menerusi saluran yang betul, sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat negara itu.

Dalam masa yang sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat negeri ini juga diminta untuk terus mendoakan keselamatan penduduk negara itu yang terus dizalimi regim Zionis.

“Kita akan terus menyokong perjuangan mereka (rakyat Palestin) dan segala bentuk bantuan juga akan terus kerajaan Pahang salurkan dengan menggunakan saluran yang betul.

“Saya juga menyeru rakyat Pahang untuk mendoakan keselamatan warga Palestin serta rakyat Malaysia yang menyertai misi menghantar bantuan ke negara bergolak itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Akademi Pahang 1st di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut disertai rakyat Malaysia dan reaksi kerajaan Pahang dalam usaha meneruskan bantuan kepada Palestin.

Awal pagi tadi, lapan rakyat Malaysia – termasuk Zizi Kirana – yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza, dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal dinaiki mereka dipintas di perairan antarabangsa.

Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan tiga kapal misi GSF iaitu Alma, Sirius dan Adara diceroboh naik tentera Israel, manakala lapan status kecemasan amaran peringkat tinggi diaktifkan.

Kapal Alma membawa tiga aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza iaitu Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil manakala Kapal Sirius pula membawa Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli serta Rusydi.

Bagaimanapun, keadaan atau status peserta misi kemanusiaan di ketiga-tiga kapal yang ditahan rejim Zionis itu masih belum diketahui.

Related Posts

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai sudah memperoleh restu daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

TEMERLOH – Seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap, di sini, semalam, ditemui lemas pagi tadi. Mayat Samsul Azmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal