Malaysia kukuh imej ASEAN sebagai platform multipolar – Penganalisis

LANGKAH Malaysia menjemput kuasa besar seperti China dan Rusia, selain Amerika Syarikat (AS), sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang akan datang disifatkan sebagai strategi bijak yang konsisten dengan dasar luar negara yang bersifat neutral dan seimbang.

Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Datuk Profesor Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, mencerminkan pendekatan Malaysia untuk meletakkan ASEAN bukan sebagai gelanggang perebutan kuasa besar, sebaliknya sebagai jambatan dialog antara kuasa-kuasa dunia.

“Malaysia memperkukuh imej ASEAN sebagai platform multipolar yang terbuka kepada semua pihak berkepentingan.

“Ini selari dengan realiti geopolitik semasa dan prinsip asas ASEAN sebagai rantau yang bebas, aman dan berkecuali,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Awang Azman berkata, pendekatan itu juga adalah cerminan strategi ‘hedging’ yang menjadi tunjang dasar luar Malaysia selama ini tidak berpihak kepada mana-mana blok kuasa secara mutlak, sebaliknya mengekalkan hubungan baik dengan semua negara utama demi kepentingan serantau.

Katanya, China merupakan rakan dagang terbesar ASEAN dan memainkan peranan penting dalam isu seperti Laut China Selatan, manakala Rusia masih relevan dari sudut kerjasama tenaga, pertahanan dan hubungan strategik dengan beberapa negara ASEAN.

“Kehadiran China dan Rusia di samping kuasa Barat seperti AS menunjukkan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia tidak terikat kepada satu kuasa sahaja. Ini secara tidak langsung menonjolkan keupayaan ASEAN untuk kekal berkecuali, tetapi tetap relevan dalam percaturan kuasa global,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Awang Azman menegaskan bahawa cabaran utama adalah memastikan ASEAN tidak dilihat hanya sebagai platform undangan untuk kuasa besar semata-mata, sebaliknya terus menjadi pemegang agenda utama rantau ini.

“PMX perlu menekankan bahawa jemputan ini bukan untuk memberi ruang kepada kuasa luar bersaing pengaruh, sebaliknya sebagai langkah untuk memperkukuh solidariti dalaman ASEAN serta memastikan rantau ini kekal stabil, makmur dan berdaulat,” ujarnya.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini dijangka menjadi tumpuan utama dalam landskap geopolitik rantau ini, dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama dunia yang bakal memberi isyarat penting terhadap masa depan hubungan serantau dan global.

Related Posts

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

SUNGAI PETANI – Semua universiti termasuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu mewujudkan jabatan kecerdasan buatan (AI) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

SUNGAI PETANI – Perdebatan politik di Johor dan Negeri Sembilan seharusnya tertumpu kepada keadilan dan peluang sama rata, bukan retorik perkauman atau politik perpecahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi Filipina: Amaran tsunami 0.4 meter di beberapa daerah timur Sabah

Gempa bumi Filipina: Amaran tsunami 0.4 meter di beberapa daerah timur Sabah

Gempa bumi Filipina: Tawau, Kunak rasai gegaran selama 10 saat

Gempa bumi Filipina: Tawau, Kunak  rasai gegaran selama 10 saat

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026