PDRM, Lions Club berganding erat bantu komuniti pedalaman Limbang

LIMBANG – Program High Profile Community Policing anjuran IPD Limbang dengan kerjasama Lions Club Mandarin Limbang berjaya menarik lebih 130 peserta di Rumah Satu, Kampung Kuala Mendalam pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, program sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat, malah mengukuhkan kerjasama rentas agensi dalam membina komuniti yang lebih sejahtera dan prihatin.

Program turut disertai pegawai PDRM serta wakil Lions Club dari Sabah, Taiwan dan Brunei.

Program diisi dengan aktiviti berimpak tinggi seperti perlepasan anak ikan ke Sungai Kuala Mendalam, perasmian hentian bas sekolah untuk pelajar, penyampaian sumbangan kepada warga emas dan ceramah antibuli oleh pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Limbang.

Suasana program meriah dengan sambutan adat istiadat masyarakat setempat.

Turut hadir Gabenor Daerah 308A2 (Sabah) Datuk Winnie Lee Siew-Ping, Presiden Lions Club of New Taipei City Kwang Jung (Taiwan) Chiang Tsai-Wen, Presiden Lions Club of Belait (Brunei) Phyllis Jong, Presiden Lions Club of Limbang Mandarin Kong Yin-Sia, Tuai Rumah Kuala Mendalam Tr. Satu Madang dan Tuai Rumah Kuala Mendalam Tommy Lampas.

Related Posts

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

TAWAU – Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis berkaitan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan belakang premis buku di Batu 3, Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima buah kampung di Mukah sambut anak angkat

MUKAH – Hubungan silaturahim antara golongan muda dari seluruh Sarawak dengan masyarakat luar bandar Mukah mula terjalin erat menerusi Majlis Penyerahan Anak Angkat Program Bakti Belia MADANI 2026 yang berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

Lima buah kampung di Mukah sambut anak angkat

Lima buah kampung di Mukah sambut anak angkat

Terima dengan hati terbuka calon PH PRN Johor

Terima dengan hati terbuka calon PH PRN Johor

Tiga pegawai media TPM cedera terbabit kemalangan di LPT

Tiga pegawai media TPM cedera terbabit kemalangan di LPT

Malaysia, Turkmenistan meterai kerjasama baharu dalam AI, TVET dan semikonduktor

Malaysia, Turkmenistan meterai kerjasama baharu dalam AI, TVET dan semikonduktor