Gempa bumi landa tengah Filipina, lebih 20 maut

MANILA – Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dalam gempa bumi berukuran 6.9 yang melanda kawasan tengah Filipina, lapor radio DZMM dengan memetik Pejabat Maklumat Wilayah Cebu.

Gempa bumi yang melanda Pulau Leyte malam tadi itu disahkan agensi seismologi Filipina, Phivolcs.

Bencana alam itu juga menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan, jalan raya dan bekalan elektrik.

Daerah San Remigio paling teruk terjejas dengan laporan mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Walaupun tiada ancaman tsunami dilaporkan, pihak berkuasa menggesa orang ramai menjauhi bangunan berisiko dan kekal tenang.

Gempa yang berlaku sekitar jam 9.59 malam waktu tempatan itu menyebabkan kerosakan besar kepada bangunan, jalan raya dan bekalan elektrik di beberapa kawasan tengah Filipina.

Pusat gempa terletak berhampiran bandar pesisir Bogo, yang mempunyai lebih 90,000 penduduk.

Polis di San Remigio, sebuah daerah yang paling terjejas, melaporkan empat mayat ditemui di pusat sukan yang runtuh, manakala seorang kanak-kanak dilaporkan maut akibat dihempap serpihan bangunan.

Pegawai penyelamat tempatan turut menyatakan kemungkinan terdapat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Gegaran turut meruntuhkan beberapa struktur bersejarah termasuk menara gereja di Pulau Bantayan dan Kuil Santa Rosa de Lima di Daanbantayan.

Penduduk yang panik dilaporkan berlari keluar dari rumah, manakala pelajar universiti dipindahkan ke kawasan terbuka sebagai langkah keselamatan.

Gabenor wilayah Cebu, Pamela Baricuatro, menggesa orang ramai kekal tenang dan menjauhi bangunan yang berisiko runtuh.

Pasukan perubatan kecemasan telah digerakkan ke kawasan terjejas, namun penilaian penuh terhadap kerosakan dan jumlah mangsa masih dijalankan.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula