Rakyat Sarawak hargai usaha Kerajaan MADANI kawal subsidi petrol

KUCHING – Pelaksanaan sistem kawalan subsidi petrol yang diperkenalkan Kerajaan MADANI terus mendapat reaksi positif daripada rakyat Sarawak yang menganggap inisiatif itu membantu meringankan beban kos sara hidup.

Seorang pengguna, Mohamad Suffian Yusof, 43, berkata, langkah tersebut amat dialu-alukan kerana dapat memastikan subsidi kerajaan sampai kepada golongan sasaran.

“Terima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana prihatin dengan rakyat. Subsidi petrol ini sekurang-kurangnya membantu meringankan beban harian kami,” katanya ketika ditemui oleh wartawan The Malaysia Press di stesen minyak di Petra Jaya pada Selasa.

Seorang lagi pengguna, Micheal Siam, 56, turut menyuarakan penghargaan terhadap usaha kerajaan dalam melaksanakan kawalan subsidi dengan lebih sistematik.

“Langkah ini sangat baik kerana memberi kelegaan kepada pengguna biasa seperti kami. Subsidi yang disalurkan terus kepada rakyat adalah bukti Kerajaan MADANI benar-benar mendengar suara rakyat,” ujarnya 

Related Posts

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih