IKBN Kinarut perkenal program inklusif belia autisme

KINARUT – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Kemahiran Belia dan Sukan (IKBN) akan memperkenalkan Program Latihan Kemahiran Inklusif untuk belia autisme dan berkeperluan khas bermula Oktober 2025.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Chan Hong Jin berkata, program berkenaan akan dilaksanakan di IKBN Kinarut dengan memberi tumpuan kepada latihan jangka pendek dalam bidang pencetakan cenderamata.

“Kita tidak mahu ada belia yang tercicir, walaupun mereka adalah individu autisme.

“KBS memberi perhatian serius dan tumpuan khusus kepada kumpulan ini supaya mereka dapat membina kemahiran tertentu dan menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen IKBN Kinarut Kali Ke-17, di sini pada Sabtu.

Katanya lagi, seramai 171 graduan muda IKBN Kinarut menerima sijil tamat pengajian dalam pelbagai bidang kemahiran yang diiktiraf industri, menandakan kejayaan mereka menamatkan latihan dengan cemerlang.

Pada masa sama, Chan berkata, IKBN Kinarut turut mencatat pencapaian membanggakan dalam bidang teknikal, khususnya elektrik, apabila diberi kepercayaan oleh Energy Commission of Sabah (ECOS) sebagai pusat pentauliahan latihan berkaitan Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024.

Lebih istimewa, katanya, IKBN Kinarut kini menjadi satu-satunya pusat pentauliahan awam di Sabah yang diberikan mandat ECOS untuk melaksanakan kursus separuh masa Penjaga Jentera Sistem Voltan Tinggi.

“Inilah antara jaringan kerjasama erat yang terjalin antara IKBN dan industri, dalam melahirkan tenaga mahir berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan semasa pasaran kerja,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kejayaan IKBN dalam Pertandingan WorldSkills Asia 2025 di Manila, Filipina, apabila Malaysia berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak, satu Medallion for Excellence dan satu sijil penghargaan.

“Ini adalah bukti nyata bahawa mutu latihan dan pengajaran di IKBN adalah bertaraf dunia, dan sistem latihan TVET di bawah KBS terus kekal relevan, dinamik serta selari dengan keperluan industri dan teknologi semasa.

“KBS akan terus meneroka bidang baharu dalam TVET yang berdaya saing dan mesra industri bagi memastikan setiap belia di negara ini mendapat akses kemahiran yang mampu menjamin masa depan mereka,” tambahnya.

Related Posts

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

MARUDI – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan Jalan Industri Sungai Ridan di sini, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua dengan penemuan sebahagian anggota badan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

KERIAN – Pulau Kalumpang di Kuala Gula, Bagan Serai, dilihat berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu negeri Perak susulan keunikan sejarah, biodiversiti dan kedudukannya yang strategik. Potensi pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak