Program alam sekitar Subis didik kesedaran seawal bangku sekolah

SUBIS – Program Alam Sekitar Sekolah Rendah Peringkat Daerah Subis 2025 yang berlangsung di SK Beliau Isa pada Khamis menjadi wadah penting dalam menyemai kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar dalam kalangan murid sekolah rendah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus menegaskan bahawa usaha mendidik generasi muda tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu bermula dari bangku sekolah. 

Beliau menambah, penganjuran program itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga prihatin terhadap isu pencemaran dan perubahan iklim.

“Seperti peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Inilah masa terbaik untuk menyemai nilai cinta alam dalam jiwa anak-anak kita. Pendidikan awal ini mampu membentuk generasi yang bertanggungjawab serta bersedia menghadapi cabaran alam sekitar di masa depan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut pada Rabu.

Program bertemakan ‘From Plastic Pollution to Solution’ itu menyaksikan penyertaan daripada 44 buah sekolah rendah di daerah Subis yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama guru pengiring.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Enviro Hunt, Eco Brick Competition dan Environmental Innovative Ideas Competition. 

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah turut mengasah kemahiran STEM, meningkatkan penguasaan komunikasi dalam Bahasa Inggeris serta memupuk semangat kerja berpasukan.

Rosey turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur iaitu Sarawak Energy Berhad, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Kontraktor Niah Substation serta kerjasama erat Pejabat Pendidikan Daerah Subis dan komuniti setempat. 

Menurutnya, kejayaan penganjuran program seumpama ini membuktikan bahawa usaha bersama mampu melahirkan lebih ramai agen perubahan dalam kalangan murid yang boleh menyebarkan kesedaran kepada keluarga dan masyarakat.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan murid serta penglibatan aktif sekolah-sekolah daerah Subis. 

Suasana penuh keceriaan itu sekali gus menzahirkan komitmen tinggi warga sekolah terhadap pendidikan alam sekitar, seiring dengan usaha melahirkan generasi yang lestari dan berdaya saing pada masa hadapan.

Foto: Adum Liu (Utusan Sarawak)

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak