Ribuan penduduk Kg Baru-Baru lega nikmati bekalan air bersih, terawat

TUARAN – Ribuan penduduk Kampung Baru-Baru kini menarik nafas lega apabila buat pertama kali menikmati bekalan air bersih dan terawat hasil pemasangan sistem penapisan nano bertenaga solar oleh pihak Jetama Sdn Bhd.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kampung itu selama ini tidak pernah menerima bekalan air terawat kerana kawasan kampung terlalu jauh dari bandar mahupun dari paip utama.

“Sistem yang dibangunkan oleh Jetama Sdn Bhd ini sangat baik kerana ia boleh membekalkan air terawat daripada telaga tiub ke kawasan yang tidak dapat dibekalkan air bersih.

“Sistem ini menggunakan tenaga solar atau menggunakan bank bateri untuk menjalankan proses rawatan air, amat sesuai untuk kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk pulau-pulau di Sabah,” katanya semasa lawatan di Kampung Baru-Baru, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, dengan kos kira-kira RM1.2 juta, sistem air minum mudah alih yang berkuasa sendiri ini mempunyai kapasiti menghasilkan 30,000 liter air setiap hari.

“Ianya juga dilengkapi dengan sensor serta pengawal untuk memantau kualiti air serta prestasi sistem dan boleh menyesuaikan operasi mengikut keperluan.

“Air terawat disimpan dalam tangki dan boleh diagihkan kepada isi rumah melalui paip atau sistem pengagihan,” katanya.

Hajiji turut menyeru Jetama Sdn Bhd untuk memperluaskan penggunaan sistem penapisan nano bertenaga solar bagi membekalkan air minum bersih ke lebih banyak kawasan pedalaman.

Related Posts

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

SEBERANG PERAI – Polis membongkar sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram menerusi Op Hazard di Lorong Pengkalan Indah, Bukit Tengah di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi menjadi hab tenaga hijau serantau menerusi pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di bawah agenda Blue Economy, sekali gus menyokong hala tuju pembangunan jangka panjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan