Empat rumah terbakar di Semporna

SEMPORNA – Empat buah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Pekan 2, di sini, pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pukul 6.46 petang sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota bomba memulakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki satu pancutan dengan kaedah ‘offensive’ sumber air daripada jentera.

“Dua rumah musnah sepenuhnya manakala dua lagi masing-masing terbakar 10 peratus dan 20 peratus,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi tamat pukul 8.12 malam.

Sementara di Lahad Datu, seorang pemandu lori cedera parah tersepit selepas lori tiga tan dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan Triton di Kampung Damai.

“Mangsa berumur 41 tahun itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba manakala dua mangsa berumur 19 dan 15 tahun di dalam kenderaan Triton berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Mangsa diberi rawatan awal di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan dan pasukan EMRS Bomba sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu.

“Operasi tamat pukul 1.48 petang sebaik kawasan sekitar dipastikan selamat,” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM