Penurunan harga petrol RON95 legakan rakyat

KUCHING — Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 melalui inisiatif BUDI95.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu berkata, langkah ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada rakyat dari segi kos pengangkutan, malah diharap mampu mencetuskan penurunan harga barangan di pasaran.

“Penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 amat dialu-alukan. Semoga ia memberi manfaat kepada rakyat secara praktikal terutama dari segi penurunan harga barang di pasaran,” ujarnya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP).

Dalam masa yang sama, beliau menekankan kepentingan agar mekanisme pelaksanaan subsidi ini disusun dengan mesra rakyat supaya manfaatnya dapat dirasai secara terus tanpa sebarang kesulitan.

“Saya juga mengharapkan agar penurunan harga tersebut dapat dipermudahkan untuk rakyat menikmatinya dengan kaedah yang mesra rakyat dan tidak terlalu banyak prosedur yang menyukarkan rakyat untuk membeli petrol bersubsidi tersebut,” tambah beliau.

Inisiatif BUDI95 yang diumumkan Perdana Menteri semalam disasarkan untuk memastikan subsidi disalur secara lebih bersasar, di samping membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA