
KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Isnin atas tindakan menghina prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan itu selepas ia dikemukakan oleh peguam bela, Datuk Ram Singh, pada hari ke-11 prosiding inkues berkenaan.
Permohonan tersebut turut disokong oleh semua pihak berkepentingan yang hadir dalam prosiding itu.
Notis tunjuk sebab berkenaan akan diserahkan dengan segera kepada Shafie.
Sebelum ini, Presiden Warisan dilapor mempersoalkan tempoh panjang inkues dalam klip video sebuah majlis makan malam yang tersebar di media sosial.






