Penurunan harga petrol RON95 kurangkan beban kewangan rakyat di Sarawak

KUCHING – Kerajaan MADANI hari ini telah mengumumkan kadar baharu RON95, iaitu pada harga RM1.99 seliter bermula 30 September ini khas untuk rakyat tempatan menerusi insiatif BUDI95.

Pengumuman bermakna oleh Perdana Menteri itu telah mendapat pelbagai reaksi gembira seluruh masyarakat termasuklah wakil rakyat di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menzahirkan ucapan penghargaan kepada kepimpinan Kerajaan Persekutuan kerana berjaya menurunkan harga petrol RON95 dalam usaha mengurangkan beban kewangan rakyat.

“Alhamdulillah. Syukur dan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berjaya menurunkan harga petrol. Usaha ini secara tidak langsung semestinya mengurangkan beban kewangan rakyat khususnya di Sarawak,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Ujar beliau lagi, harga petrol seliter di Malaysia dilihat masih berada di bawah harga petrol semasa dan terkawal berbanding negara-negara lain seperti Arab Saudi (RM2.61), Indonesia (RM3.22), Filipina (RM4.22), Thailand (RM5.68), dan Singapura (RM9.02).

“Penurunan harga petrol ini sekaligus akan dapat membantu kehidupan harian rakyat khususnya dalam mengurangkan kos pembelian minyak petrol untuk urusan pergerakan rakyat yang menggunakan kenderaan sama ada di bandar mahupun di luar bandar Sarawak,” tambah beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar harga RON95 daripada RM2.05 akan turun kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 untuk warganegara di mana subsidi RON95 akan dinikmati tanpa mengambil kira tahap pendapatan, sebagai penghargaan kepada semua rakyat.

Menurutnya, lebih 16 juta rakyat Malaysia akan terima manfaat daripada penurunan harga petrol RON95 dengan semua warganegara dengan lesen memandu sah layak untuk menikmati subsidi bahan bakar itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan warga polis, tentera nikmati subsidi RON95 RM1.99 seliter bermula 27 September, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September bagi mengelakkan kesesakan.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA