Masjid, surau di Sabah berpotensi tarik pelancong, pacu perpaduan

TUARAN – Masjid dan surau di Sabah berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan, sekali gus menambah tarikan baharu kepada negeri ini selain keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya yang sedia ada.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masjid dan surau di Sabah bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadah, ia juga berperanan besar sebagai pusat perpaduan masyarakat serta berpotensi menjadi destinasi pelancongan.

Jelasnya, pembinaan Surau Abu Hassan Ar-Raudhah di Kampung Lok Batik Hujung, mampu menjadi nadi perpaduan setempat dan pusat dakwah yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

“Pembinaan Surau Abu Hassan Ar-Raudhah memberi nilai tambah kepada Tuaran, selain kewujudan tarikan budaya lain seperti Rumah Kebudayaan Rumpun Bajausamah di Lok Batik.

“Surau ini juga menambah jumlah rumah ibadah di Tuaran kepada 69 buah merangkumi 31 masjid dan 38 surau.

“Sambil kita beribadah, kita juga berdakwah, mempromosi daerah dan memperkenalkan
budaya bangsa yang selama ini menjadi teras perpaduan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Surau Abu Hassan Ar-Raudhah di Kampung Lok Batik Hujung, pada Ahad.

Sementara itu, Hajiji juga menzahirkan penghargaan terhadap peranan komuniti Bugis yang telah menyumbang melalui semangat gotong-royong serta dana dalam merealisasikan pembinaan surau.

Dalam pada itu, katanya, Sabah yang dihuni 35 kumpulan etnik dan 217 sub-etnik sentiasa menjadi contoh terbaik masyarakat majmuk di Malaysia.

“Selain masyarakat Bugis, semua kaum di Sabah memainkan peranan penting dalam arus pembangunan negeri dengan nilai toleransi dan kebersamaan menjadi kekuatan utama.

“Kerajaan Negeri sentiasa komited memperkukuh institusi Islam melalui pembinaan masjid dan surau baharu serta pengimarahan rumah ibadah sedia ada,” katanya.

Katanya lagi, usaha itu seiring agenda kerajaan untuk memperkasakan nilai kerohanian, memastikan kesejahteraan sosial dan memelihara perpaduan ummah.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow