Sepanyol batal kontrak senjata Israel

MADRID – Kerajaan Sepanyol secara rasmi membatalkan kontrak bernilai hampir 700 juta euro (RM3.45 bilion) bagi pembelian pelancar roket buatan Israel pada 9 September 2025, susulan bantahan keras terhadap serangan rejim Zionis di Gaza.

Menurut dokumen rasmi yang dilihat agensi berita AFP, kontrak itu melibatkan pembelian 12 sistem pelancar roket SILAM berasaskan teknologi syarikat Israel, Elbit Systems, yang dianugerahkan kepada konsortium firma Sepanyol pada Oktober 2023.

Sekiranya diteruskan, Elbit dijangka menerima sekitar 150 juta euro (RM741 juta) daripada projek itu.

Selain itu, Sepanyol turut membatalkan kontrak lain bernilai 287 juta euro (RM1.42 bilion) bagi 168 pelancar peluru berpandu anti-tangki yang dibangunkan dengan lesen syarikat Israel.

Tindakan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Pedro Sánchez, mengumumkan dekri baharu yang mengharamkan sebarang urus niaga peralatan ketenteraan dengan Israel, sebagai bantahan terhadap apa yang digelar kerajaan beliau sebagai ‘genosid di Gaza’.

Kerajaan Sepanyol juga mengesahkan semakan menyeluruh sedang dilakukan untuk menghapuskan sepenuhnya penggunaan senjata dan teknologi Israel daripada angkatan tentera mereka.

Langkah tegas Madrid ini sekali lagi menonjolkan Sánchez sebagai antara pemimpin Eropah paling lantang mengkritik dasar Israel di Gaza, selepas beliau sebelum ini menuduh Tel Aviv melakukan ‘genosid’ serta mengiktiraf negara Palestin pada 2024.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan