Chegubard merajuk, akan berdiam diri bosan krisis dalaman Bersatu

RETAK menanti belah, itulah yang dapat digambarkan terhadap parti Bersatu yang kian rapuh kerana masalah dalaman yang melanda parti itu.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Sahrin yang mengakui sendiri bahawa Bersatu sedang menuju kehancuran.

Jelasnya, kepimpinan Bersatu yang merupakan ‘orang’ Presiden sering menimbulkan perasaan menjengkelkan kepada akar umbi parti sehingga tergamak membuat tindakan yang memecahbelahkan parti.

Tegasnya, beliau dan akar umbi parti masih berdiri teguh menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu namun bosan dengan sikap orang sekelilingnya.

“Ahli bawahan tak tolak Presiden tetapi merasa tak selesa orang keliling Presiden yang mengampu melampau sehingga memperlihatkan parti ini pecah dan hanya taksub individu. 

“Create surat layang sebar dan benda itu tidak sihat. Provoke komponen sendiri mengancam kesepaduan PN.

“Bila kita kata sudah-sudahlah tapi ada pihak terus menerus menghentak, maka tak akan sudah,” luahnya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, beliau menumpang Bersatu bukan kerana inginkan kerusi untuk bertanding, sebaliknya untuk melawan kerajaan yang ada kini.

“Aku tak kebulur kerusi pun, aku nak lawan ja. Aku berlawan tak disokong tak apa tapi jangan pijak. Jujurnya aku letih, aku akan diam selepas ini,” katanya.

Awal bulan ini, tersebar berita 122 Ketua Bahagian Bersatu mengumpul surat akuan bersumpah (SD) menyatakan pendirian tegas menolak kepimpinan Muhyiddin sekali gus mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden.

Sehari sebelum itu, sekumpulan perwakilan Bersatu membuat kecoh ketika Muhyiddin berucap di pentas utama pada perhimpunan agung tertinggi (PAT) parti itu.

Laungan ‘turun Muhyiddin’ bergema di dalam PAT namun Presiden Bersatu itu tetap bersahaja meneruskan ucapan dan menjelaskan selepas itu beliau tidak menyedari kekecohan yang berlaku.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak