Banjir: Kerajaan Sabah, Persekutuan salur bantuan RM10,000 waris mangsa terkorban

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan mengumumkan setiap keluarga mangsa bencana banjir dan tanah runtuh di negeri ini akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000, manakala waris mangsa yang terkorban akan menerima Bantuan Ihsan Kematian sebanyak RM10,000.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan pada Isnin berkata, bantuan termasuk tambahan Bailey Bridge serta sokongan logistik daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang terjejas.

“Kerajaan juga akan menyalurkan bantuan bakul makanan kepada semua penduduk yang terjejas akibat bencana ini,” kata JPBN dalam kenyataan pada Isnin.

Setakat ini, sebanyak 11 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi, menempatkan 220 keluarga melibatkan seramai 863 mangsa di enam daerah.

JPBN turut mengesahkan terdapat lapan daerah terjejas akibat banjir dan tanah runtuh sejak hujan berterusan melanda Sabah bermula 8 September lalu. 

Antara lokasi tanah runtuh yang meragut nyawa termasuk di Sarapung, Penampang; Marahang, Papar; Kampung Mook, Papar; dan Cenderakasih, Kota Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut turun padang meninjau sendiri kawasan terlibat, termasuk di Jalan Tun Fuad Stephen berhampiran bangunan Jesselton Quay, rumah teres di Kampung Sarapung, serta PPS di Putatan dan Inanam.

JPBN memaklumkan kerja menyelamat dan pemantauan sedang dipergiatkan di kawasan terjejas, manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama agensi teknikal lain giat melaksanakan tindakan pemulihan laluan jalan raya dan infrastruktur yang terputus.

“Pihak berkuasa tempatan serta agensi penyelamat sedang menjalankan pemantauan rapi, penyaluran bantuan dan koordinasi logistik untuk memastikan keselamatan dan kebajikan semua mangsa terus terjamin,” jelas kenyataan itu.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman