Air banjir lambat surut, Chan gesa kesiapsiagaan penuh hadapi bencana

KOTA KINABALU – Hujan lebat berterusan yang melanda Kota Kinabalu (KK) mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan pada Sabtu termasuk Dah Yeh Villa yang mengalami keadaan luar biasa apabila air banjir lambat surut daripada biasa iaitu sekitar pukul 2 petang ini.

Ekoran daripada itu, Ahli Parlimen KK, Datuk Chan Foong Hin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe; ADUN Likas, Datuk Tan Lee Fat; dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen KK, Kaven Lee, meninjau stesen pam Projek Tebatan Banjir Sungai Damai.

Delegasi berkenaan menggesa pihak berkuasa agar lebih fleksibel dan responsif dalam menangani insiden banjir bagi mengurangkan risiko terhadap keselamatan penduduk.

Chan berkata, agensi berkaitan perlu memperkukuh kesiapsiagaan bencana berikutan perubahan iklim yang menyebabkan corak cuaca semakin tidak menentu, selain ramalan Jabatan Meteorologi mengenai hujan berterusan di Sabah.

Beliau turut memuji Pasukan Bomba Sukarela KK yang diketuai Kaven Lee kerana bertugas di Dah Yeh Villa sejak malam kejadian bagi membantu kawalan lalu lintas, memantau paras air, serta memastikan keselamatan penduduk.

“Sebuah rumah yang terjejas mengalami gangguan bekalan elektrik selepas air surut. Kaven Lee segera menghubungi Sabah Electricity untuk mendapatkan bantuan teknikal dan kerja pembaikan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad. 

Sementara itu, Phoong yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah untuk memperbaiki prosedur operasi, memantau perubahan cuaca dengan lebih dekat, serta bertindak dengan lebih pantas bagi meminimumkan bencana.

Di lokasi, Timbalan Pengarah JPS Sabah, Irene Choo, memaklumkan bahawa Kota Kinabalu merekodkan hujan sebanyak 138mm pada Sabtu melebihi paras biasa dan menjadi punca banjir besar.

“Purata hujan tahunan di Kota Kinabalu adalah sekitar 2,400mm. Hanya 40mm hujan dalam satu malam sudah boleh menyebabkan banjir kilat, tetapi malam tadi kita menerima 138mm, bersamaan hampir separuh jumlah hujan untuk sebulan,” jelasnya.

Tambahnya, kapasiti pam yang tidak mampu menampung air yang tiga kali lebih besar daripada biasa, keadaan air pasang serta gangguan elektrik sementara menyebabkan air banjir di Dah Yeh Villa mengambil masa lama untuk surut.

“Kami hanya dapat membuka pintu air selepas air pasang surut sekitar pukul 11 pagi, dan menjelang pukul 2 petang semua air banjir akhirnya berjaya dialirkan,” katanya.

Katanya lagi, Projek Tebatan Banjir Sungai Damai kini dalam proses menaik taraf stesen pam dengan menambah kapasiti daripada empat kepada enam pam. 

“Projek bernilai RM48 juta yang dibiayai Kerajaan Persekutuan itu dijangka memberi manfaat kepada 17,500 penduduk.

“Setakat Julai lalu, kemajuannya telah mencapai 45 peratus,” ujarnya.

Selepas lawatan di stesen pam, Chan dan Phoong turut menziarahi keluarga terjejas tanah runtuh di Kampung Kopungit dan menyampaikan bantuan keperluan asas.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel