Karnival Prasekolahku Berhak Hebat selaras aspirasi pendidikan negara

KARNIVAL Prasekolahku Berhak Hebat Peringkat Negeri Pahang 2025 berlangsung meriah, semalam di Janda Baik, dekat Bentong.

Karnival itu diharap mampu melahirkan generasi muda negeri ini yang hebat, berkeyakinan, kreatif dan berdaya saing seiring aspirasi pendidikan negara.

Ia juga boleh dijadikan landasan untuk memperkasakan jalinan kerjasama sekolah, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Karnival itu dianjurkan melalui Inisiatif Transformasi Pendidikan Pahang yang bertumpu kepada Pemerkasaan Potensi dan Bakat Murid, Pemacu Transformasi Pendidikan dan Peneraju Transformasi Pendidikan.

Karnival itu dirasmikan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa dan ia anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan kerjasama Genting Malaysia Bhd menerusi aktiviti CSR ‘Genting Bersama Malaysia’.

Ahmad Zamri dalam ucapannya berkata, inisiatif berkenaan membuktikan sektor korporat memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam pemerkasaan pendidikan.

“Sokongan Genting Malaysia amat bermakna kerana langkahnya memperlihatkan kesungguhan untuk bersama-sama membina generasi masa depan.

“Hal ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan pembangunan insan,” katanya.

Karnival yang juga bertujuan menyokong usaha pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Pahang, murid prasekolah turut berpeluang mempamerkan bakat, kreativiti dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti seni, sukan dan komunikasi.

Seramai 173 murid prasekolah dari 11 daerah di Pahang bersama guru pengiring, pegawai pendidikan dan komuniti seluruh negeri itu memeriahkan karnival berkenaan.

Enam pertandingan bersempena karnival diadakan iaitu ‘Fantasi Si Cilik’, ‘Mutiara Hadis’, ‘Pentas Boneka’, ‘Smart Digital’, ‘Tarian Lagu Rakyat’ dan ‘Pakaian Beragam’ serta ‘Mewarna Bertemakan Percutian Impian Saya’.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif (Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam) Resorts World Genting, Spencer Lee berkata, sumbangan makanan, minuman, hadiah dan sijil penyertaan para peserta oleh Genting Malaysia mencerminkan komitmen dalam mendukung perkembangan bakat generasi muda.

Related Posts

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

KOTA KINABALU – Air mata, semangat dan perjuangan jadi saksi pengorbanan seorang suami, Jamri Herry, 40, apabila berusaha membawa pulang isterinya ke tanah air akibat jatuh sakit di Vietnam. Isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan