Hajiji arah tindakan segera atasi tanah runtuh Penampang-Tambunan

PENAMPANG – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan kerja pembaikan jalan di laluan Penampang-Tambunan yang terjejas akibat tanah runtuh dipercepatkan bagi menjamin keselamatan pengguna dan kelancaran perhubungan ke pedalaman.

“Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat. 

“Kita mahu kerja pembaikan ini disiapkan segera supaya penduduk tidak terus terjejas,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian di Kampung Pogunon, pada Sabtu.

Tiba sejurus pulang dari Kuching selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63, Hajiji terus ke lokasi bersama Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; ADUN Kepayan, Datuk Jannie Lasimbang; dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Hajiji mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, syarikat konsesi serta agensi berkaitan menambah jentera dan bekerja 24 jam supaya laluan dua hala dapat dibuka dalam tempoh terdekat. 

Buat masa ini, laluan hanya boleh digunakan satu hala.

Selain itu, Ketua Menteri turut meminta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyegerakan pemulihan bekalan elektrik yang terputus serta Jabatan Air Sabah bersama JETAMA memastikan bekalan air bersih kembali normal .

Katanya, semua usaha akan diselaras oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa.

Hajiji turut menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga apabila sebuah rumah tertimbus dalam kejadian itu.

“Kerajaan Negeri amat prihatin dengan nasib keluarga mangsa. Saya memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan,” katanya. 

Siasatan awal mendapati runtuhan berpunca daripada hujan lebat berterusan, dengan catatan taburan hujan tertinggi 82.5 milimeter sehari pada 11 September lalu. Setakat tengah hari ini, beberapa laluan di Jalan R500 Kota Kinabalu–Keningau–Tenom masih terjejas akibat banjir dan tanah runtuh namun kebanyakannya boleh dilalui dengan kawalan satu lorong.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 437 mangsa daripada 128 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort, Penampang dan Tawau.

Di Beaufort, 154 mangsa daripada 53 keluarga kini ditempatkan di PPS Selagon.

Sementara itu, di Penampang, seramai 224 mangsa daripada 64 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu Kompleks Sukan Penampang (39 orang), SK St Paul Kolopis (43 orang) dan Dewan Huguan Siou (142 orang).

Manakala di Tawau, 59 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Masjid Al-Aman selepas bencana kebakaran. 

Secara keseluruhan, 23 kampung terjejas, dengan catatan satu kematian akibat bencana.

Related Posts

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

MELAKA – Reformasi tidak boleh terhenti selepas memperoleh kuasa, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata, beliau menjadi saksi kepada perjuangan panjang Presiden Parti Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat